Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Siapa Saya


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 


Pembaca yang dihormati. Abang Mus ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Abang Mus asal Perak tapi kini menetap di Terengganu. Abang Mus mohon maaf kerana blog ini masih banyak kekurangan. Maklumlah masih terlalu baru dalam dunia blogger ini namun kerana minat yang mendalam serta berusaha untuk cari pengalaman maka Abang Mus gagahi juga untuk membina blog ini. 


Abang Mus harap langkah pertama yang Abang Mus ambil untuk terjun ke dunia blogger ini dapat sokongan daripada pembaca semua serta dapat panduan dan bimbingan daripada rakan-rakan blogger yang lain. 

Sekian. 
(Abang Mus)