Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Friday, April 15, 2011

2011: Tahun Penuh Keunikan

Sedar tak sedar sudah tiga bulan lebih kita mengharungi kehidupan pada tahun 2011 ini. Mungkin ada di antara kita yang tidak perasaan atau belum menyedari bahawa dalam tahun 2011 ini terdapat beberapa perkara penting serta keunikan tersendiri yang telah dan akan terjadi. Antara keunikan tersebut adalah seperti berikut;

1). Dalam tahun ini terdapat empat(4) tarikh yang unik dan mungkin mempunyai maksud yang tersendiri iaitu; 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11

2). Jumlah tahun kelahiran kita bila dicampur dengan usia kita pada tahun ini akan berjumlah = 111 (Cuba anda ambil dua(2) nombor terakhir tahun kelahiran anda dan + dengan usia anda pada tahun ini pasti jawapannya = 111)

3). Pada bulan Oktober 2011 akan ada 5x hari Ahad, 5x hari Isnin dan 5x hari Sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun.


Adakah ini hanya satu KEBETULAN? SubhanALLAH, Maha Suci ALLAH!!! Apa yang pasti setiap sesuatu perkara yang berlaku adalah di bawah pengetahuan dan kehendak Yang Maha Kuasa. Maksudnya ini bukanlah satu kebetulan namun ianya adalah merupakan satu tanda Kebesaran dan Kekuasaan ALLAH SWT. Pastinya ada sesuatu hikmah dan maksud yang tersirat disebalik semua perkara yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT ini. Jadi marilah kita ambil perhatian dan iktibar daripadanya serta kita renung-renungkan dan fikirkan bersama.
WALLAHHU A'LAM

1 comments:

Cikguiti said...

Alhamdulillah ala kulli haali, semoga pemilik blog ini dikurniakan kesihatan yg baik dan berkarya kreatif berkongsi pengalaman buat semua. Yang Indah itu Bahasa, Yang Murni itu Jiwanya..

Post a Comment