Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Saturday, March 5, 2011

KORBAN PERASAAN


Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat. Tidak semua apa yang dicita-citakan kita akan perolehi. Namun itu bukan lah bermakna ALLAH SWT tidak berlaku adil atau tidak kasih pada kita.  Sesungguhnya ALLAH SWT Maha mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk hambaNya. Setiap sesuatu yang berlaku pada kita pasti ada hikmahNya.

Kadang-kadang ALLAH SWT hanya mahu menguji keimanan kita. Dia mahu melihat sejauh manakah kita benar-benar tawajuh dan bertawakal terhadapNya. Untuk memperolehi sesuatu perkara yang mahal nilainya kita harus bekorban, tidak kira samada bekorban harta, masa dan diri kita mahupun ketiga-tiganya sekaligus. Ada orang mampu bekorban harta benda, ada orang mampu korbankan masa dan tenaga dan ada pula yang mampu korbankan diri hatta nyawa mereka demi untuk kepentingan Agama (sebagaimana para sahabat Nabi SAW). Malahan apa yang lebih berat lagi ialah bekorban perasaan. Korbankan perasaan kasih, sayang dan cinta demi untuk sesuatu perkara yang lebih bernilai dan berharga. 

Bukan mudah untuk kita berkorban perasaan. Namun kadang kala bila kita tiada pilihan lain maka kita terpaksa membuat keputusan tersebut. Semoga keputusan yang diambil itu adalah keputusan yang tepat dan terbaik serta diredhai oleh ALLAH SWT walaupun kita terpaksa mengorbankan perasaan diri kita sendiri. Amin!

1 comments:

Ana Taib said...

betul tu Abg Mus... spt kata2 hikmah yang saya pegang selama ini... " tidak semua impian kita menjadi kenyataan. seperti juga tidak semua yang nyata ini adalah impian kita dahulu. Namun, bersyukurlah kerana semua ini adalah anugerah dariNya walaupun ianya merupakan dugaan."

Post a Comment