Matematik adalah merupakan salah satu subjek utama dan yang amat penting serta wajib dipelajari oleh setiap orang khususnya pelajar-pelajar tidak kira samada diperingkat pra-sekolah, taska/tadika, peringkat sekolah rendah, peringkat menengah malah hinggalah ke pusat pengajian tinggi. Abang Mus masih teringat lagi zaman abang Mus sekolah, dahulu subjek matematik ni mula-mula dikenali dengan nama Ilmu Kira-kira kemudian diubah nama menjadi Ilmu Hisab dan kemudian barulah ditukar nama menjadi Matematik.
Dari peringkat awal pembelajaran lagi iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), perkara yang amat ditekankan ialah tentang prinsip 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira. Pendek kata daripada kecil lagi kita telah diajar dan diberi pendedahan berkaitan Matematik ni. Apabila mula tahu menulis dan membaca terus sahaja diajar untuk mengira. Apakah hubungannya ilmu kira-kira atau matematik ini dengan kehidupan kita? Pernah tak kita terfikir akan perkara ini? Samaada kita sedar atau tidak, samaada kita perasan atau tidak sebenarnya Matematik memang amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Sebut sahaja benda atau perkara samaada yang berada dalam diri kita, atau berada pada diri kita, atau yang berada di luar diri kita iaitu dipersekitaran kita, atau yang berada di luar persekitaran kita iaitu dalam dunia ini maka tidak dapat tidak mesti berkaitan dengan bilangan atau kiraan atau apa yang kita panggil sebagai matematik.
Contoh yang mudah cuba kita lihat pada diri kita terlebih dahulu dan cuba kita tanya diri kita atau sahabat kita soalan-soalan yang mudah ini, kita ada berapa mata? berapa hidung? berapa mulut? berapa tangan? berapa kaki? berapa jari? dll maka semua jawapan bagi soalan tersebut adalah berbentuk bilangan atau kiraan iaitu bagi manusia yang mempunyai pancaindera sempurna maka jawapannya ialah kita ada 2 biji mata, 1 hidung, 1 mulut, 2 tangan, 2 kaki, 10 jari tangan, 10 jari kaki dan lain-lain lagi. Itu soalan-soalan berkaitan bilangan jadi memang jawapannya juga berbentuk bilangan atau kuantiti. Cuba tanya pula soalan-soalan berkaitan dengan sifat ataupun fungsi pancaindera itu sendiri tentunya jawapannya juga tidak boleh lari daripada menyebut bilangan atau kiraan seperti sifat mata sentiasa berkelip jadi berapa kali dia berkelip setiap saat, minit atau jam? seperti fungsi hidung untuk bernafas atau menyedut udara maka berapa kali udara yang kita sedut atau pun nafas yang keluar/masuk daripada hidung kita pada setiap saat, minit atau jam? Pergi lebih jauh lagi mulut yang bercakap, lidah yang merasa, gigi yang mengunyah makanan, lebih mendalam lagi kepada denyutan nadi kita, jantung kita, berapa kali ia berdenyut mengepam darah pada setiap masa, saat dan ketika dll.
Cuba lihat pula benda atau perkara-perkara yang di luar tubuh badan kita atau dipersekitaran kita tetapi amat berkait rapat dengan diri kita seperti pakaian kita, perhiasan kita, peralatan keperluan diri, kenderaan, tempat tinggal, keperluan makan minum dll. Begitu juga dalam kehidupan harian kita samaada semasa kita berjalan, atau ketika menaiki kenderaan, ketika bekerja, ketika berehat, ketika makan atau apa sahaja yang kita buat atau kita lakukan, sebenarnya samaada kita perasan atau tidak, samaada kita sedar atau tidak bahawa kita sentiasa tidak dapat lari kiraan atau bilangan yakni matematik. Dan yang lebih jelas lagi kehidupan kita sendiri iaitu umur kita, jangka hayat kita hidup di dunia ini pun telah ditentukan dan ditetapkan tempohnya atau bilangan masanya oleh Yang Maha Esa. Apa bila telah cukup tempohnya iaitu telah sampai masa dan ketikanya maka tidak akan awal walaupun sesaat dan tidak akan terlewat walaupun sesaat maka kita akan kembali mengadap Yang Maha Pencipta.
Hayat dan usia kita dihitung mengikut tempoh masa dan masa pula ditetapkan mengikut kira-kira atau hisaban atau matematik yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Samaada dalam kiraan tahun, atau bulan, atau hari, atau jam, atau minit, atau saat semuanya mempunyai kadar dan bilangan mengikut matematik yang telah ditetapkan. Itulah sebab keluarnya kiraan sebagaimana yang telah kita pelajari dan ketahui pada hari ini ia itu dalam seminit ada 60saat dalam sejam ada 60minit dalam sehari ada 24jam dalam seminggu ada 7hari, dalam sebulan ada 30hari*, dalam setahun ada 365hari dan sebagainya. Oleh yang demikian jika berdasarkan kepada jangka hayat kehidupan manusia pada hari ini iaitu dalam lingkungan 60 - 70tahun. Sebenarnya kita sendiri boleh buat kiraan anggaran baki usia kita yang masih tinggal. Contohnya kita ambil tempoh usia maksima 70th, jadi kalau usia kita sekarang dah 20th maka ada baki lagi 70-20=50th, kalau usia kita dah 30th ada baki 40th kalau usia kita dah 50th ada baki 20th, kalau usia kita dah 60th ada baki 10th bergitulah seterusnya.
Namun kiraan matematik yang mudah inilah yang sering sangat dilupakan oleh kita dan semua manusia pada hari ini. Dalam kita mengejar kemewahan dan kesenangan dalam menjalani kehidupan, kita sering leka dan alpa sehingga lupa akan saat kematian kita. Bilakah sebenarnya kematian kita akan menjelma? Apakah persiapan dan persediaan kita untuk menghadapi kematian? Adakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kita bawa mengadap Allah SWT? Pernah tak kita terfikir bahawa semakin usia kita meningkat sebenarnya semakin dekat kita dengan saat kematian kita? Pernahkah kita merenung bahawa apabila bilangan umur kita bertambah atau setiap tahun kita menyambut hari ulang tahun kelahiran kita maka sesungguhnya telah terkurang setahun tempoh usia kita hidup di dunia dan ini bermakna semakin dekat kita dengan tarikh kematian kita? Marilah sama-sama kita fikirkan dansedarkan diri kita semoga matematik kehidupan yang amat mudah dan ringkas ini dapat memberikan kita kesedaran dan keinsafan untuk menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Amin!
(Nota: * kebiasaannya dalam sebulan adalah 30hari, ada sesetengah bulan cuma 29hari sahaja dan kalau bulan Masehi ada yg 28 dan 31hari)
Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.
Monday, February 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment