Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Wednesday, October 13, 2010

Langkah Pertama

Hari ini 13 Oktober 2010, Abg Mus mencatatkan sejarah tersendiri buat diri Abg Mus kerana memulakan langkah pertama terjun dalam dunia blogger. Selama ini Abg Mus hanya bertindak sebagai pemerhati atau pembaca setia sahaja. Namun demi minat yang mendalam untuk menulis blog sendiri dan berusaha untuk mencari pengalaman maka Abg Mus memberanikan diri untuk menceburi dunia baru ini walaupun Abg Mus rasakan tentunya penuh dengan persaingan dan pancaroba yang bakal melanda.  Mudah-mudahan segalanya itu tidak akan melunturkan semangat yang ada dan sebaliknya dapat Abg Mus jadikan sebagai pemangkin untuk terus bertahan bagi sama-sama mewarnai kehidupan dalam dunia blogger ini. Sama-sama kita kongsikan kehidupan semoga segala kebaikan kita dapat kongsikan bersama dan segala keburukan kita dapat jauhi dan jadikan ianya sebagai sempadan agar kita selamat dan seterusnya berjaya mengharungi kehidupan ini dengan penuh bermakna dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

0 comments:

Post a Comment