Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Saturday, February 26, 2011

Penghargaan

Abang Mus ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga nilainya kepada saudara Nor Hisham yang telah sudi berkongsi ilmu dan pengetahuan beliau dalam bidang blogger dan seterusnya secara sukarela sudi pula membantu menyelenggarakan blog abang Mus ini dengan menyediakan templet design yang kelihatan lebih santai dan menarik ini.

Walaupun sebenarnya abang Mus hanya mengenali beliau melalui alam siber namun kepercayaan dan kesediaan beliau untuk berkongsi ilmu dan seterusnya membantu abang Mus jelas melambangkan ianya lahir dari ketelusan dan keikhlasan hati.  Semoga segala ilmu dan bantuan ikhlas beliau tersebut akan mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT jua serta diganjari dengan pahala dan seterus menjadi amal jariah yang berterusan dalam catatan amalan kebaikan beliau. Amin!

Harapan abang Mus, semoga sikap yang baik daripada saudara Nor Hisham ini akan dapat dicontohi oleh rakan-rakan blogger yang lain. Sekian.

2 comments:

indahnyataranum said...

Salam en Musa,wah..tahniah dah ada blog.Jemputla melawat blog saya http://taranumkaedahdian.blogspot.co ,tapi lama2 baru update..

Abg Mus said...

Alhamdulillah...terima kasih indah, baru bak belajar2 jer...masih byk yg perlu dipelajari dan dibuat penambahbaikan...semoga indah pun boleh bagi panduan dan sokongan....insyaALLAH bila ada kesempatan nanti saya singgah kat blog indah. Tq

Post a Comment