Ya kenapa kita perlu berkongsi? Sudah pasti pelbagai reaksi yang berbeza akan kita perolehi apabila isu perkongsian ini kita utarakan kepada sesaorang. Bagi setengah orang berkongsi adalah perkara yang paling dibenci tapi bagi setengah orang pula berkongsi adalah perkara yang amat digemari kerana dapat mendatangkan banyak menafaat untuknya. Kenapakah fenomena ini terjadi, ianya tak lain tak bukan kerana perbezaan minda kita dalam menilai apakah maksud yang tersirat di dalamnya.
Minda yang negatif memang sentiasa akan melihat kerugian apabila kita berkongsi. Apa taknya benda yang banyak kalau dikongsi mesti jadi sedikit, apatah lagi kalau benda tu dah memang sedikit bila dikongsi makin lah jadi sedikit dan silap-silap haribulan kita sendiri tak dapat langsung. Itu daripada segi benda atau barang atau wang atau apa sahaja benda yang berbentuk fizikal. Begitu juga daripada segi ilmu pengetahuan atau kemahiran atau kepakaran atau apa sahaja bentuk kebolehan yang kita ada, bila dikongsi pada orang lain maka kita akan rasa tergugat kerana orang lain itu yang asalnya tak tahu dah jadi tahu, yang asalnya tak mahir dah jadi mahir dan dah boleh buat sesuatu perkara, maka mungkin nanti dia akan menjadi pesaing kepada kita atau silap-silap haribulan akan melawan dan mengalahkan kita balik. Sebab tu la dengar-dengar cerita dulu-dulu tok-tok guru silat kalau nak ajar anak-anak murid mereka ilmu persilatan, dia tak akan turun kan perabis ilmu dia kerana takut-takut nanti anak murid lawan tok guru.
Kehidupan adalah satu anugerah Tuhan. Setiap manusia mempunyai corak kehidupan yang berbeza. Susah senang, suka duka,tangis ketawa dan sebagainya itu adalah asam garam dalam kehidupan. Apa pun yang kita alami, apa pun yang berlaku terhadap diri kita namun kehidupan ini tetap perlu kita teruskan. Kita tidak perlu kecewa atau berputus asa malah dilarang sama sekali untuk kita cuba lari dari kehidupan, kerana kehidupan ini sebenarnya bukanlah milik kita tetapi ianya adalah hak mutlak Tuhan Yang Maha Esa.
Wednesday, October 13, 2010
Langkah Pertama
Hari ini 13 Oktober 2010, Abg Mus mencatatkan sejarah tersendiri buat diri Abg Mus kerana memulakan langkah pertama terjun dalam dunia blogger. Selama ini Abg Mus hanya bertindak sebagai pemerhati atau pembaca setia sahaja. Namun demi minat yang mendalam untuk menulis blog sendiri dan berusaha untuk mencari pengalaman maka Abg Mus memberanikan diri untuk menceburi dunia baru ini walaupun Abg Mus rasakan tentunya penuh dengan persaingan dan pancaroba yang bakal melanda. Mudah-mudahan segalanya itu tidak akan melunturkan semangat yang ada dan sebaliknya dapat Abg Mus jadikan sebagai pemangkin untuk terus bertahan bagi sama-sama mewarnai kehidupan dalam dunia blogger ini. Sama-sama kita kongsikan kehidupan semoga segala kebaikan kita dapat kongsikan bersama dan segala keburukan kita dapat jauhi dan jadikan ianya sebagai sempadan agar kita selamat dan seterusnya berjaya mengharungi kehidupan ini dengan penuh bermakna dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Tuesday, October 12, 2010
Bermula Daripada Satu
Muktahir ini angka 1 begitu sinonim kepada kita semua rakyat Malaysia. Sejak gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita maka sejak itulah kita mula disinari dengan fenomena ini. Apa sahaja perkara yang hendak kita lakukan mesti angka 1 ini tidak akan ketinggalan. Sama ada dalam penganjuran majlis, penerbitan, ucapan, perbincangan, sembang kedai kopi dll tentunya ada sahaja yang dikaitkan dangan angka 1. Bermacam-macam slogan juga mula dibentuk dan diperkenalkan berdasarkan angka 1, contohnya 1 Belia, 1 Rasa, 1 Jiwa, 1 Bahasa, 1 Kampung, 1 Industri dan sebagainya.
Sebenarnya angka 1 ini sudah pun digemari oleh semua orang sejak dahulu lagi. Kerana angka 1 adalah melambangkan Keunggulan, Kehebatan, Kejayaan dan Kecemerlangan. Daripada kecil lagi kita telah dididik dan diasuh samada oleh ibu bapa kita mahupun guru-guru iaitu kita hendaklah jadi orang yang no. 1. Samada dalam pelajaran, bila periksa mesti nak dapat no. 1, dalam bidang sukan samada olahraga atau permainan bila bertanding mesti nak dapat no. 1, dalam bidang ko-korikulum & persatuan spt pertandingan bahas, pantun, kuiz, silat, nasyid dll target kita mesti nak dapat no.1. Maka bila dapat no. 1 barulah kita akan menjadi kebanggaan ibu bapa, keluarga, pihak sekolah, guru-guru dan rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)